Terma dan Syarat

Ini ada page 'Wajib baca' bagi mereka-mereka yang berhajat membuat tempahan tudung ataupun stokin..

1. Saya hanya akan berurusan dengan pembeli yang serius sahaja (kalau nak main-main, pi main tempat lain)

2. Beri saya maksimum 24 jam untuk respon tempahan anda.

3. Tempoh untuk booking dibenarkan selama 3 hari saja. Lebih dari itu, barang serta merta akan dibuka kepada pelanggan lain

4. Setiap pelanggan di beri masa selama 3 hari untuk membuat pembayaran. Lebih dari itu, seperti biasa, barang akan dibuka untuk pelanggan lain

5. Penghantaran hanya akan di proses setelah bayaran penuh dibuat.

6.  [PENTING] Saya tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan barang, kelewatan selepas dari tempoh pengeposan.

7. Semua barang yang sudah sampai di tangan pelanggan tidak boleh dikembalikan semula.

8. Tiada urusan COD setakat ini,harap maklum.

9. Semua gambar yang terpapar mungkin sedikit berlainan dengan warna tudung sebenar,kesan fotografi dan skrin paparan komputer.Pihak syarikat telah berusaha sedaya upaya memaparkan warna yang paling tepat untuk rujukan.

10. Tracking number akan diberi di laman FB Page Siti-City.


Terima kasih kerana membaca! ^^
Jom isi borang pesanan pula!